Aturan Pemakaian Uniform Pengakap Muda Laut & Remaja Laut


Nota :

1. Wisel Bosun's
Untuk Ketua Patrol dan Penolong sahaja .

2. Lambang Pengakap Laut TIDAK BOLEH dipakai di pakaian seragam . Lambang tersebut hanya dipakai di pakaian aktiviti sahaja .

Buku Skim Baru Pengakap Laut

Kepada semua pengakap-pengakap laut , diharap mendapatkan senaskah buku ini untuk panduan dan rekod skim lencana baru . Kumpulan yang berminat sila hubungi saya untuk membuat tempahan . T-shirt aktiviti dan baju koporat juga boleh ditempah .

 Pengakap Muda

Pengakap Remaja

History of the boatswin's call






The Boatswain Call



History


The history of the boatswains call can be traced as far back as 1248, when Greece and Rome used galley slaves. However in 1671 it officially became known as the boatswains call and found a place in the English Navy as a tool for passing orders, making it an honored badge of rank.
Parts of the Boatswains Call




Hole: The whole which the air passes over to create sound, like blowing over a bottle.

Gun: The long tube that runs along the top of the call, and allows air to travel through.

Shackle: Often used as a guide on where to put your thumb when holding the call. The shackle allows the call to be attached to a boatswains chain.

Keel: The flat bottom piece which forms the body of the call. Named after the keel of a boat.

Buoy: The ball at the end which air resonates in through the hole on top. Named after a round floating buoy.
Holding A Boatswains Call




Hold your call in your right hand between the index finger and your thumb so that the thumb is near the shackle. The buoy should rest in the palm of your hand, but make sure its pointed slightly outward so your hand will not obstruct the hole.
Notes And Tones of the Boatswain Call

Two Notes


Low note: The low note is sounded by steadily blowing into the mouthpiece of the gun, with your fingers extended straight upwards as to not obstruct the hole or sound.

High note: This note is played by controlling air exiting the buoy by closing your fingers around the call in a cup shape, taking care not to touch the hole.
Three Tones


Plain Note: The plain note is represented on a chart by a steady line. It is played by blowing steadily into the call.

Warble: The warble is represented on the chart by a wavy line. You make the warble tone by blowing a series of jerks unsteadily, making a similar sound to a canary. However there is a debate as some people believe it should be played by rapidly moving the hand from the high to low position.

Trill: The trill is shown on the chart with a staccato, or jagged line. It is produced by vibrating the tongue, or rolling the letter R. Canadians should know it from "R-R-R-R-R-ROll Up The Rim To Win"

Note: In addition to the notes and tones, some pipes will also require a sharp finish, which is created by suddenly blocking the gun with the tongue to end the pipe sharply.
Pipes


The pipes are reason for using a call. These are comparable to songs you would play on an instrument, but are simpler and much shorter. These are used for passing commands and orders.
The Still




The still is a call used to pipe all hands to attenion as a mark of respect, or to order silence on occassions such as rounds, colors, sunset, or to stop all work to prevent an accident.

The still is played by blowing a high note for 8 seconds.
The Carry On




The carry on is usually played after the reason for the still is completed. It signals all hands they can carry on with their duties or new orders.

The carry on consists of a high note for 1 second, then a low note for one second.
General Call




The General Call is used to precede any broadcast and is usually used for piping the ships daily routine. It draws attenion to the upcomming order.

The general call starts off low then makes a quick transition to a high note which is held for 3 seconds, then drops to the low note where it has a sharp finish.
The Side




The side has manny uses, the most important of which are the following:

1. When the Commanding Officer, or a foreign naval officer (in uniform), or a commodre and above (with or without uniform), or a member of the royal family:

a) Comes alongside in a boat.
b) Is comming on board
c) Is going ashore
2. When a corpse or body is taken aboard or ashore.

3. When a body is commited to the sea in a funeral at sea.

The side starts with a low note held for 4 seconds, a high note for 4 seconds, and back to the low note for 4 seconds. This 12 second pipe requires you to take a deep breath before playing, otherwise you will cut the call short.
Hands to Dinner




This pipe is played at 1200 when the crew secures the ship and gets ready to commence the mid-day meal. This pipe is never played at any other mealtime such as supper. No order procedes this pipe as it is a unique order within itself. This pipe is very long (30 seconds) and very difficult to play. Pride is often taken among those who can sucesfully play it.
Pipe Down




The pipe down is usually played at 2230, or whatever time that is set in the routine orders for the crew to retire. This pipe is also an order in itself and doesnt require a verbal order proceding it. When it is played during the day it means that the ship will be having a 'sunday routine' for the rest of the day. ( Sunday routine allows the crew to relax and retire with no remianing duties)

Videos

Carry On Call
General Call
Still Call
The Side Call

Sejarah Awal Pengakap Laut Sedunia


Diolah dari pelbagai sumber oleh: Mohd Hilmi Abu Bakar

Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell (BP) lahir di dalam sebuah keluarga yang terlibat secara intensif di dalam aktiviti marin dan kelautan. Kematian bapanya ketika berusia 3 tahun menyebabkan Lord BP menjadi begitu rapat dengan datuk di sebelah ibunya, Laksamana William Smyth. Datuknya memulakan kerjaya sebagai tentera laut bermula dari bawah dan berjaya menjadi laksamana pada 1863. Abang kepada Lord BP iaitu Warington Baden Powell yang lebih tua 10 tahun daripadanya memulakan kerjaya sebagai "Merchant Marine".

Warington Baden Powell adalah pengasas kepada pelayaran keno dan menulis sebuah buku bertajuk “Canoe Travelling: and practical hints on building and fitting canoes”. Beliau menjalani latihan kelautannya di HMS Conway selama 3 tahun sebelum menyertai Hotspur pada 1864.

Warington Baden Powell, abang kepada Lord Baden Powell yang membantu mengasaskan Pengakap Laut

Warington menyertai HMS Conway pada 1861 ketika berusia 14 tahun. HMS Conway adalah bekas kapal tentera laut yang berlabuh secara kekal dan digunakan sebagai tempat latihan. Sekitar tahun 1872, Lord BP dan abang-abangnya membuat ekspedisi menjelajah negaranya menggunakan keno. Mereka berkeno menuju ke arah punca sungai Thames hingga tiba di Wales. Dalam ekspedisi ini, mereka berkhemah dan memasak makanan menggunakan unggun.

Warington menukar pekerjaannya ke bidang undang-undang pada 1873 dan diterima menjadi King Counsel. Beliau memulakan usaha merekabentuk dan mengawai pembinaan kapal layar miliknya yang dinamakan Diamond. Terdapat banyak faktor mengapa Lord BP mengadakan perkhemahan Pengakap yang pertama di Pulau Brownsea. Namun yang pasti, Pulau Brownsea membolehkan para peserta menaiki bot dan mengalami perjalanan di laut.

Dalam tahun 1908, lencana “seaman badge” adalah antara lima lencana kemajuan terawal yang dikeluarkan untuk ahli Pengakap. Lord BP sering menekankan bahawa “seorang Pengakap hendaklah tahu mengendalikan bot dan membawanya bersebelahan dengan kapal secara selamat”. 

Pada 1909, perkhemahan Pengakap yang ketiga diadakan Beaulieu River dan memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti air. Perkhemahan di Beaulieu menyedarkan Lord BP tentang potensi dan peranan Pengakap Laut. Oleh itu, beliau mengamanahkan kepada abangnya Warington untuk menulis buku panduan tentang Pengakap Laut. Warington telah membentangkan ideanya tentang Pengakap Laut di dalam Kursus Pemimpin Pengakap di London pada Januari 1911.

Sebaik sahaja Pengakap Laut diumumkan, banyak pasukan Pengakap terutamanya di kawasan pantai mahu bertukar kepada skim baru ini. Ramai bekas pelayar dan pelaut yang berminat untuk menjadi Pemimpin Pengakap Laut. Antara pasukan-pasukan awal Pengakap Laut di England ialah:

- 1st Cleethorpes
- 1st Ratcliffe, London
- 1st Skegness
- Hamble Sea Scouts
- Gibraltar Sea Scouts

Warington Baden Powell telah mengeluarkan buku panduan untuk Pengakap Laut bertajuk “Sea Scouting and Seamanship for Boys” pada tahun 1912.Di dalam bukunya, Warington menyatakan dengan jelas bahawa:

“Pengakap Laut adalah cabang kepada pergerakan Pengakap” & “Pengakap diutamakan dahulu, selepas itu barulah pelaut” (Scout first, Seaman afterwards)



Kulit buku "Sea Scouting and Seamanship for Boys" yang ditulis oleh Warington Baden Powell

Undang-undang, organisasi, lencana, pangkat, pakaian seragam dan nasihat tentang latihan dinyatakan dengan jelas:


"Pengawal pantai atau pesara tentera laut akan digunakan untuk menguji lencana. Adalah dinasihatkan supaya setiap kumpulan melantik seorang "bapa laut" (sea dad) iaitu sama ada pengawal pantai, bekas pegawai tentera laut atau kelasi kapal nelayan.

Buku panduan Pengakap Laut yang kedua ialah “Seamanship for Scouts” yang ditulis oleh Lt. Stuart Garnett pada 1915 di mana buku ini adalah lebih mendalam berbanding buku pertama. Warington Baden Powell meninggal dunia pada 24 April 1921 akibat penyakit tuberculosis. Dipercayai bahawa penyakit ini menghalang beliau memegang jawatan sebagai Chief Sea Scouts. 

Lencana Aktiviti Pengakap Laut Malaysia


Lencana Pengakap Laut Malaysia ini merupakan lencana aktiviti yang hanya diguna pakai pada tshirt aktiviti dan bendera Pengakap Laut . Sejak ianya mula diperkenalkan , ia telah disalahgunakan oleh kebanyakkan ahli pengakap dengan mejahitnya pada pakaian seragam pengakap samada dilengan , diatas kocek atau pada barret . Sekali lagi diingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memakai lencana tanda tersebut pada pakaian seragam pengakap mahupun pada pakaian dikepala . Logo pengakap laut ini hanya digunakan pada tshirt aktiviti atau baju koporat dan bukan pada pakaian seragam pengakap . Kepada ahli-ahli pengakap laut yang telah menyalahgunakan pemakaiannya , dinasihatkan supaya menanggalkannya dengan segera . 

Skema Baru

Alhamdulillah, selepas hampir 4 tahun memperjuangkan skima baru PLM ini akhirnya telah diluluskan oleh jawatan kuasa teknikal Ibu Pejabat Kebangsaan pada awal tahun 2011. Ia telah diterbit dan dibukukan pada Oktober 2011 yang sekarang ini telah diedarkan dan dijual oleh pengedar yang diiktiraf oleh Ibu Pejabat PPM. Kepada pemimpin dan kumpulan pengakap laut yang berminat untuk mendapatkan naskah edisi Skim Latihan Pengakap Muda Laut dan Skim Latihan Pengakap Remaja Laut, sila hubungi saya atau terus MyScoutShop d/a PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Lot 1, Tingkat Bawah Bangunan Rumah BP, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur. MALAYSIA

Dibawah ini di sertakan carta lencana lencana pengakap muda laut dan pengakap remaja laut.