Lencana Aktiviti Pengakap Laut Malaysia


Lencana Pengakap Laut Malaysia ini merupakan lencana aktiviti yang hanya diguna pakai pada tshirt aktiviti dan bendera Pengakap Laut . Sejak ianya mula diperkenalkan , ia telah disalahgunakan oleh kebanyakkan ahli pengakap dengan mejahitnya pada pakaian seragam pengakap samada dilengan , diatas kocek atau pada barret . Sekali lagi diingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memakai lencana tanda tersebut pada pakaian seragam pengakap mahupun pada pakaian dikepala . Logo pengakap laut ini hanya digunakan pada tshirt aktiviti atau baju koporat dan bukan pada pakaian seragam pengakap . Kepada ahli-ahli pengakap laut yang telah menyalahgunakan pemakaiannya , dinasihatkan supaya menanggalkannya dengan segera . 

No comments:

Post a Comment